Anyaman Tikar
contoh 1
contoh 2
contoh 3
contoh 4
Perhiasan Diri ( Ornament ) - Capung-capung
Bahan utamanya iaitu tali-tali kulit.
Cara pembuatannya sebagai berikut ;
Step 1. Potong tali kulit sepanjang 45 cm kemudian kita akan membentuk huruf M seperti gambar disamping.
Step 2. Tali pertama si bahagian kanan kita selingkan ke bahagian bawah pada tali kedua yang berada disebelah kiri seperti gambar disamping.
Step 3. Tali kedua yang ada di sebelah kiri , yang kita buat selanjutnya dengan kita masukkan kebagian belakang dan kemudian kita tembuskan ke tali pertama yang ada disebelah kanan. Sehingga berbentuk seperti gambar disamping.
Step 4. kemudian tali pertama yang ada disebelah kanan kita selingkan ke bahagian belakang dari badan capung dan keluar pada tali kedua seperti gambar disamping.
Begitu juga dengan tali di bahagian kiri kita selingkan ke bahagian depan badan capung dan berakhir dengan memasukan tali kedua ke bahagian tali yang pertama.
sehingga berbentuk seperti gambar disamping.
Step 5. Setelah bahagian kepala jadi . sekarang kita akan membuat bahagian sayap dari capung itu sendiri. Dimana kita berikan masing-masing ruang untuk 2 tali supaya kita bisa membuat sayap. Setelah kita memberikan ruang untuk 2 sisi sayap , kita mulai mengunci sayap pertama dengan cara tali pada sisi kanan kita selingkan ke bagian belakang badan capung dan kita keluar kan dari sisi sayap yang ada disebelah kiri.
Kemudian tali yang berada disebelah kiri kita selingkan ke bahagian depan badan capung dan berakhir dengan memasukan tali kebagian sayap kanan capung. Sehingga berbentuk seperti gambar d samping
Step 6. Cara pembuatan nya sama seperti pada tahap pembuatan kepala capung. Sehinga berbentuk seperti gambar disamping.
Step 7. Kita akan membentuk sayap capung kembali sehinga sayap capung berjumlah 2 pasang dan stepnya sama dengan step 5 dan 6.
Inilah akhirnya tinggal kita kencangkan saja sehingga semua bagian tali menjadi rapat, seperti gambar disamping.
Kemudian kita tinggal merapikan bagian sisa-sisa talinya kita gunting dan jangan lupa diberikan len untuk memperkuat supaya tali yang telah kita gunting tidak terlepas.
Selesai The Dragonfly knot kita pada hari ini...
Capung-capung yang sangat cantik...
Artikel ini dipetik dari http://vereny14.multiply.com/journal
Batik
Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis
- Langkah pertama
Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik. - Langkah kedua
Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. - Langkah ketiga
Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj - Langkah keempat
Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Alat Permainan - Wau
Pengenalan
Sejarah Wau
1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.
Kategori Wau
1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
3. Wau untuk hiasan dan replika
Pertandingan Ketinggian
1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.
3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.
Pertandingan Kecantikan
1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.
Wau Hiasan dan Replika
1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.
2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan
Jenis-jenis Wau
Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular
1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.
Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju
Artikel ini dipetik dari http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/seni-kraf-wau-khazanah-tradisional.html
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Artikel ini dipetik dari http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/mengenal-kraf-tradisional/
Origami - burung
Artikel ini dipetik dari http://www.futurebytes.ch/digital-lifestyle/origami-microsoftintel-vs-papierfalten/2515/