Chang Siew Yee

Pendidikan Seni Visual

Corak Terancang - Cetakan ibu jari

Jenis Ketidakupayaan:
Peringkat Pendidikan:
Domain:
Penulis: Bavani a/p Ganason
Sukatan Pelajaran: Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR Tahun 4.
 2.0 Membuat corak dan rekaan.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: Murid menghasilkan corak cetakan yang kreatif menggunakan ibu jari membentuk burung.
Objektif: Di akhir pelajaran, murid dapat;
1. Menyedari ibu jari juga boleh digunakan sebagai bahan seni untuk menghasilkan corak.
 2. Melalui cetakan juga dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata semasa mencetak.
3. Menghasilkan corak berulang melalui teknik cetakan dengan menggunakan warna kegemaran serta kebersihan semasa menjalankan aktiviti.
Kemahiran Sedia Ada: Murid-murid pernah melihat corak-corak seperti corak batik serta pernah membuat cetakan sebelum ini.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Guru menyediakan kertas lukisan dan warna.
2. Guru meletakkan warna pada setiap ibu jari murid.
3. Murid mencetakkan pada kertas lukisan menggunakan ibu jari yang disapukan warna.
4. Mencetak ikut kegemaran murid.
5. Guru membimbing murid dalam mencetak.
6. Selepas selesai mencetak murid mengeringkannya.
7. Melukis di atas cetakan ibu jari membentuk burung dengan melukis mata, kaki dan ekor.
8. Cetakan ibu jari membentuk burung secara kreatif.
Bahan Bantu Mengajar: Warna air (poster colour), kertas lukisan, alat pembancuh, berus, ibu jari dan pensil warna.
Set Induksi
Deskripsi: 
1. Guru menerangkan tentang tajuk yang akan dipelajari iaitu cetakan.
2. Guru menceritakan serba sedikit tentang cetakan, iaitu boleh mengecap daripada bahan semulajadi dan barangan terbuang. Contoh Rubber stamp, daun dan cop-cop.
3. Murid mendengar penerangan guru dan melihat contoh yang ditunjukkan oleh guru.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
Selepas melihat contoh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk cetakan, guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang bahan-bahan yang dilihat dan dirasakan dengan sentuhan oleh murid.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Murid melihat contoh yang ditunjukkan (guru tidak menyatakan tajuk terlebih dahulu kepada murid).
2. Murid meneka dahulu setelah melihat dan merasa dengan sentuhan contoh guru iaitu, cop-cop dan "Rupper stamp".
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara menghasilkan cetakan daripada ibu jari.
2. Guru menyediakan bahan yang diperlukan untuk membuat cetakan iaitu kertas lukisan dan warna kegemaran murid.
3. Guru menunjukkan cara membuat cetakan atas kertas lukisan menggunakan warna poster.
4. Guru menunjukkan contoh cetakan ibu jari yang siap kepada murid dan meminta murid mencetak sepertinya.
5. Murid membuat cetakan di atas kertas lukisan dengan bantuan guru setelah menerima bahan-bahan yang diperlukan.
Langkah Kedua
1. Guru membantu murid seorang demi seorang untuk menghasilkan cetakan. 2. Guru membantu murid rabun dengan menyapukan warna ke ibu jari murid bagi memudahkan murid rabun mencetak (langkah ini untuk murid rabun yang sukar untuk mengenali warna). 3. Murid membentuk pelbagai corak bebas dengan bimbingan guru dengan menggunakan warna kegemaran mereka.
Langkah Ketiga
1. Guru menunjukkan contoh yang disiapkan oleh guru kepada murid, iaitu cara-cara hendak melukis di atas cetakan membentuk bentuk burung. 2. Guru meminta murid melukiskannya dengan bantuan guru. 3. Murid melihat bagaimana guru melukis bentuk burung di atas cetakan ibu jari dan murid melukis dengan sendiri.
Latihan dengan Bimbingan
1. Guru menggunakan teknik psikomotor halus iaitu tangan atas tangan membimbing murid untuk mencetak menggunakan ibu jari.
2. Murid dapat mencetak berulang kali apabila ditunjuk ajar oleh guru
Penutup
1. Guru menilai hasil kerja murid.
 2. Guru memuji hasil kerja semua murid dan murid rasa gembira

0 评论:

发表评论

About Me

我的照片
Chang Siew Yee
Pandan Indah, Selangor, Malaysia
No.Matrik :D20102041808 Pengkhususan Major/Minor:Bahasa Cina/PJK Semester pengajian :2 Alamat Sekolah:SJK(c)ON PONG,LOT6JALAN BESAR 68000 AMPANG,SELANGOR
查看我的完整个人资料

Time

search this blog

MyGuru

My UPSI portal

facebook

The total number of Browse

Blogger 提供支持.

Followers