Chang Siew Yee

Pendidikan Seni Visual

Tembikar.flv

Anyaman Tikar

Bahan:
Kertas lukisan
kertas warna
gam

Alatan:
gunting
pembaris


contoh 1

contoh 2

contoh 3

contoh 4
contoh 5


 

Perhiasan Diri ( Ornament ) - Capung-capung

Bahan utamanya iaitu tali-tali kulit.
Cara pembuatannya sebagai berikut ;
Step 1. Potong tali kulit sepanjang 45 cm kemudian kita akan membentuk huruf M seperti gambar disamping.



Step 2. Tali pertama si bahagian kanan kita selingkan ke bahagian bawah pada tali kedua yang berada disebelah kiri seperti gambar disamping.





Step 3. Tali kedua yang ada di sebelah kiri , yang kita buat selanjutnya dengan kita masukkan kebagian belakang dan kemudian kita tembuskan ke tali pertama yang ada disebelah kanan. Sehingga berbentuk seperti gambar disamping.






Step 4. kemudian tali pertama yang ada disebelah kanan kita selingkan ke bahagian belakang dari badan capung dan keluar pada tali kedua seperti gambar disamping.
Begitu juga dengan tali di bahagian kiri kita selingkan ke bahagian depan badan capung dan berakhir dengan memasukan tali kedua ke bahagian tali yang pertama.
sehingga berbentuk seperti gambar disamping.




Step 5. Setelah bahagian kepala jadi . sekarang kita akan membuat bahagian sayap dari capung itu sendiri. Dimana kita berikan masing-masing ruang untuk 2 tali supaya kita bisa membuat sayap. Setelah kita memberikan ruang untuk 2 sisi sayap , kita mulai mengunci sayap pertama dengan cara tali pada sisi kanan kita selingkan ke bagian belakang badan capung dan kita keluar kan dari sisi sayap yang ada disebelah kiri.
Kemudian tali yang berada disebelah kiri kita selingkan ke bahagian depan badan capung dan berakhir dengan memasukan tali kebagian sayap kanan capung. Sehingga berbentuk seperti gambar d samping

Step 6. Cara pembuatan nya sama seperti pada tahap pembuatan kepala capung. Sehinga berbentuk seperti gambar disamping.







Step 7. Kita akan membentuk sayap capung kembali sehinga sayap capung berjumlah 2 pasang dan stepnya sama dengan step 5 dan 6.







 Inilah akhirnya tinggal kita kencangkan saja sehingga semua bagian tali menjadi rapat, seperti gambar disamping.
Kemudian kita tinggal merapikan bagian sisa-sisa talinya kita gunting dan jangan lupa diberikan len untuk memperkuat supaya tali yang telah kita gunting tidak terlepas.








Selesai The Dragonfly knot kita pada hari ini...
Capung-capung yang sangat cantik...









Artikel ini dipetik dari http://vereny14.multiply.com/journal

Batik


Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis

Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda.
Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran  untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna.
Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir, mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil.
Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut :
  1. Langkah pertama
    Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik.
  2. Langkah kedua
    Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar.
  3. Langkah ketiga
    Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj
  4. Langkah keempat
    Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus.  Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.  Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya.
Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand.  Pembikinan batik cara lain adalah seperti batik cap/cop/blok, batik stensil dan tie and dye. Kesemua batik dengan menggunakan teknik ini dapat dihasilkan oleh MasterWan Batik kami.



Alat Permainan - Wau





Pengenalan

Sejarah Wau

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

wau bulan besar

Kategori Wau


1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian
2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan
3. Wau untuk hiasan dan replika

Pertandingan Ketinggian


1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.
2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.
3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.
4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.

Pertandingan Kecantikan

1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.
2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara
 
Wau Hiasan dan Replika


 
1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.
2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.
3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis Wau

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau Bulan
Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau Kucing
Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.
Wau Jala Budi
Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.
Wau Merak
Perbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.
Wau Barat
Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor

Wau helang

Wau kenyalang

Wau puyuh
 
Wau daun

Alatan dan Bahan


1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

 Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.


Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.


Memasang tali teraju
Proses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Bahagian-bahagian Wau
Tokoh-tokoh Wau
Hashim B. Awang
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.
Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan Othman
Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.


Artikel ini dipetik dari http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/seni-kraf-wau-khazanah-tradisional.html


 

Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:
1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Artikel ini dipetik dari http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/mengenal-kraf-tradisional/

Mobail - Cara Membuat Sabun Padat Transparan Aneka Bentuk.

About Me

我的照片
Chang Siew Yee
Pandan Indah, Selangor, Malaysia
No.Matrik :D20102041808 Pengkhususan Major/Minor:Bahasa Cina/PJK Semester pengajian :2 Alamat Sekolah:SJK(c)ON PONG,LOT6JALAN BESAR 68000 AMPANG,SELANGOR
查看我的完整个人资料

Time

search this blog

MyGuru

My UPSI portal

facebook

The total number of Browse

Blogger 提供支持.

Followers