Chang Siew Yee

Pendidikan Seni Visual

Kolaj Buah Tembikai

Perancangan sebelum pengajar
Sukatan Pelajaran: 
2.1.2 Membuat corak secara terancang.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Pelajaran hari ini adalah membuat kolaj menggunakan kertas warna di atas gambar buah tembikai.
Objektif: 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat; 1. Mengenal warna iaitu warna merah, hijau dan hitam. 2. Melakukan pergerakan motor halus iaitu dengan melakukan aktiviti melukis, menggunting, mengoyak dan menggentel. 3. Menggunakan koordinasi mata dan tangan untuk melakukan aktiviti menggam.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid sudah boleh menggunakan alatan seperti gunting dan gam.
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
1. Melukis gambar buah tembikai. 2. Menggunting, mengoyak dan menggentel kertas. 3. Melekatkan kertas warna di atas gambar buah tembikai.
Bahan Bantu Mengajar: 
1. Kertas warna hijau, merah dan hitam. 2. Gambar buah tembikai. 3. Kertas lukisan. 4. Gam. 5. Gunting.
Permulaan pengajaran
Set Induksi
Deskripsi: 
1. Guru menyoal murid sama ada mereka pernah atau tidak pergi ke kedai buah.
2. Guru menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis buah yang di jual di kedai buah.
3. Guru menceritakan mengenai kedai buah.
Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada
1. Guru menyoal murid buah-buahan yang pernah mereka makan. 2. Murid menjawab nama buah yang pernah murid makan. 3. Guru menyoal murid buah-buahan yang mereka suka makan. 4. Murid menyatakan buah yang mereka suka makan.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1. Guru menunjukkan buah tembikai. 2. Guru bersoal jawab dengan murid dengan menyoal soalan seperti berikut; a. "Ini apa?". b. "Siapa suka makan buah tembikai?". c. "Apa rasa buah tembikai?". d. "Apa warna buah tembikai". 3. Murid menjawap soalan guru. 4. Guru menyatakan bahawa hari ini murid akan belajar melukis buah tembikai dan membuat kolaj corak tembikai menggunakan kertas warna.
Penyampaian isi pengajaran
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
1. Guru menyuruh murid melukis gambar buah tembikai di atas kertas lukisan berdasarkan contoh yang diberikan oleh guru. 2. Guru membimbing murid yang lemah melukis.
Langkah Kedua
1. Guru memberikan kertas warna merah, hijau dan hitam kepada setiap murid. 2. Guru membimbing murid menggunting kertas menjadi kecil. Murid menggunting kertas menjadi kecil. 3. Kemudian, guru membimbing murid mengoyak kertas yang telah digunting supaya menjadi lebih kecil. 4. Guru membimbing murid menggentel kertas yang telah dikoyak tadi supaya menjadi sebiji bola kecil.
Langkah Ketiga
1. Guru menyuruh murid menunjukkan gambar buah tembikai yang telah di lukis oleh murid. 2. Murid menunjukkan hasil lukisan masing-masing. 3. Guru menyoal warna buah tembikai setiap bahagian. 4. Murid menjawab kulit buah tembikai berwarna hijau, isi buah tembikai berwarna merah dan bijinya berwarna hitam. 5. Guru membimbing murid melekatkan kertas warna yang telah di gentel tadi di atas gambar buah tembikai yang di lukis oleh murid. 6. Guru membimbing murid dan memastikan murid melekatkan kertas warna di tempat yang betul.
Penilaian
Latihan dengan Bimbingan
1. Guru membimbing murid yang lemah melukis. 2. Guru membimbing murid melukis gambar buah tembikai. 3. Guru membimbing mengoyak kertas yang telah digunting menjadi lebih kecil. 4. Guru membimbing menggentel kertas menggunakan ibu jari tangan dan jari telunjuk. 5. Guru membimbing melekatkan kertas warna yang telah digentel di atas gambar buah tembikai. 6. Guru membimbing murid dan memastikan murid melekatkan kertas warna di tempat yang betul.
Latihan Kendiri
Murid menjawap soalan guru mengenai warna kulit, warna isi dan warna biji buah tembikai.
Penutup
1. Guru mengumpulkan hasil kerja murid dan membuat penilaian. 2. Murid yang menghasilkan kolaj buah tembikai paling cantik mendapat ganjaran daripada guru. 3. Guru menyoal kembali murid warna buah tembikai. 4. Murid menjawab soalan guru.

0 评论:

发表评论

About Me

我的照片
Chang Siew Yee
Pandan Indah, Selangor, Malaysia
No.Matrik :D20102041808 Pengkhususan Major/Minor:Bahasa Cina/PJK Semester pengajian :2 Alamat Sekolah:SJK(c)ON PONG,LOT6JALAN BESAR 68000 AMPANG,SELANGOR
查看我的完整个人资料

Time

search this blog

MyGuru

My UPSI portal

facebook

The total number of Browse

Blogger 提供支持.

Followers