Chang Siew Yee

Pendidikan Seni Visual

Corak Terancang - Lipatan dan Guntingan

Aktiviti seni yang dijalankan di dalam kelas, selalunya akan menarik minat kanak-kanak untuk mengikutinya. Aktiviti seni dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dalam memenuhi keperluan dan naluri ingin tahu... Mereka akan berusaha untuk menyudahkan hasil kerja yang diberi bagi melihat hasilannya. Itulah nanti yang akan dibanggakan oleh mereka!

Di antaranya aktiviti seni yang boleh dijalankan ialah membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri.
CoRaK...adalah satu struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal ataupun bebas. Rekaan dan corak yang dijalankan adalah Corak terancang melalui Lipatan dan Guntingan. Jom kita tengok...hasilnya.......

Hasil kerja yang telah siap..

Bahan-bahan yang diperlukan;
1. gunting
2. gam
3. pensil tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)

Langkah-langkah:
1. 'Sugar paper' berukuran 4cm x 4cm dilipat dua.
2. Lukiskan corak di atas kertas tersebut mengikut kreativiti sendiri dan digunting.

Kertas dilipat dua. Dilukis corak dan digunting.
Kertas yang telah dibuka lipatannya


3. Kertas guntingan tadi dijadikan sebagai stensil dan digunting beberapa bentuk lagi yang sama mengikut stensil tadi.

Wow.....tekunnya alif!....

4. Akhir sekali...bentuk- bentuk tadi disusun dan digamkan di atas kertas lukisan.

"Kerja saya dah nak siap!" (Hakim Daniel)

Lihat beberapa hasil yang telah disiapkan oleh murid-murid saya...










0 评论:

发表评论

Fish

About Me

我的照片
Chang Siew Yee
Pandan Indah, Selangor, Malaysia
No.Matrik :D20102041808 Pengkhususan Major/Minor:Bahasa Cina/PJK Semester pengajian :2 Alamat Sekolah:SJK(c)ON PONG,LOT6JALAN BESAR 68000 AMPANG,SELANGOR
查看我的完整个人资料

Time

search this blog

正在加载...

MyGuru

My UPSI portal

facebook

NEWs

Loading...

The total number of Browse

Blogger 强力驱动.

Followers