Chang Siew Yee

Pendidikan Seni Visual

Teknik Ikatan dan Celupan


Definisi Ikatan dan Celupan ( Tie and Dye)
Berdasarkan Wikipedia, Teknik ikat celup ialah sejenis teknik untuk menghasilkan corak pada tekstil. Teknik ini digunakan pada penghasilan kain pelangi dan shibori. Teknik ini sudah wujud sejak 618-906 SM lagi, yakni pada zaman Dinasti Tang, Cina.
Menurut modul OUM, HBAE2103 Membuat Corak dan Rekaan, teknik ini merupakan
satu proses mencorak kain dengan mengikat bahagian tertentu dan kemudiandicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akan menghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selalu digunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yang akan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kain tersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak kerana sekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.  

Sejarah corak ikatan dan celupan
Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentuk primitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di Negara China dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuh dan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini mula diperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia mula diketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B. Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”. Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementara itu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.

Tokoh
Haji Che Su B. Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalm tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Baharu, Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.
Teknik corak ikatan dan celupan
Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Dalam teknik ini prosesnya tidak menggunakan lilin hanya membuat ikatan pada kain mengikut kreativiti tertentu dan mencelupkannya ke dalam pewarna. Corak yang dihasilakan adalah menarik dan kos penghasilan adalah lebih rendah. Teknik ini masih banyak diaplikasi diseluruh dunia. Bagi menghasilkan corak yang menarik, kreativiti pembuatnya haruslah pelbagai dan imaginasinya haruslah tinggi.
Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan denga pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
Artikel ini dipetik dari 
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Bahan dan alatan
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikatan dan celupan
ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas
2. Tali, benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu dan sebagainya
4. Warna, dye
5. Garam,
6. Sudu, kayu pengacau
7. Apron
8. Sarung tangan
9. Lain lap
10. Bekas untuk pewarnaan
11. Sodium silikat
Kepelbagian teknik ikatan dan celupan
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :
Kepelbagian teknik ini telah digunakan dalam bentuk perniagaan. Maksudnya teknik ini telah digunakan di kain-kain, baju dengan corak yang menarik dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Antara contoh-contoh penggunaan teknik ini dalam perniagaan ialah :

0 评论:

发表评论

About Me

我的照片
Chang Siew Yee
Pandan Indah, Selangor, Malaysia
No.Matrik :D20102041808 Pengkhususan Major/Minor:Bahasa Cina/PJK Semester pengajian :2 Alamat Sekolah:SJK(c)ON PONG,LOT6JALAN BESAR 68000 AMPANG,SELANGOR
查看我的完整个人资料

Time

search this blog

MyGuru

My UPSI portal

facebook

The total number of Browse

Blogger 提供支持.

Followers